Sabarnya Tuan Pengarah


Pengarah umpama jurumudi sesebuah penerbitan drama. Dia bukan sahaja mengarahkan pelakon berdasarkan skrip cerita tetapi juga mengarahkan set, senimatografi, lokasi, pakaian sehinggalah sekecil perkara sepanjang pengambaran berlangsung.

Drama Bersiri Nurul Iman ini telah diarahkan oleh Hj Nurhalim Ismail, seorang pengarah prolifik yang sangat berpengalaman. Di kalangan krew dan para pelakon, Hj Nurhalim terkenal sebagai seorang yang tegas dan detail dalam kerja-kerja pengarahan. Nilai seni dan estetika budaya terpancar dalam banyak hasil tangannya seperti Drama Nun Di Sana Cinta Kita (RTM1) dan drama Nur Kasih (RTM1). Kali ini, beliau meneruskan kepakarannya untuk menghasilkan yang terbaik buat Drama Nurul Iman.

Cabaran buat tuan pengarah ini ialah terpaksa berhadapan dengan para pelakon baru seperti Farah Adeeba yang memegang watak sebagai Nurul dan Rahman yang berperanan sebagai Hijaz. Membentuk keduanya jadi pelakon yang baik amat mencabar bagi Hj Nurhalim dan penolong pengarahnya, Kak Lin. Beberapa kali lakonan-lakonan ringan seperti di meja makan dan bersembang biasa terpaksa diulang. Malahan, untuk babak yang memerlukan pelakon menangis, Tuan Hj Nurhalim berusaha dengan cara tersendiri sehingga membibitkan air mata pelakon dan juga krew.

Bagi watak Hijaz pula, Rahman menghadapi masalah bahasa Melayu yang agak berat. Dengan bantuan penolong pengarah juga kesabaran pengarah, sedikit demi sedikit Rahman dapat menjalankan watak Hijaz dengan baik.

Dalam tempoh 2 minggu lagi pengambaran akan berlangsung, Nurul Iman akan diasuh pengarah dengan sabar dan teliti. Moga usaha semua pihak akan dimudahkan oleh Allah SWT.

0 komen:

Post a Comment