Hari Pertama di Lokasi Drama Nurul Iman.


Setelah menerbitkan Drama Bersiri Julia, Cinta Madinah 1& 2 dan Lara Rindu Mahsuri, kali ini Layar Consult Sdn. Bhd (anak syarikat Galeri Ilmu Sdn. Bhd) meneruskan usaha menerbitkan drama dakwah bertajuk Nurul Iman.

Lakon Layar Nurul Iman mula dirakamkan pada 8 Oktober 2009 dengan lokasi utamanya Politeknik Arau, Perlis dan sekitar Negeri Perlis Darul Sunnah. Para karyawan dalam produksi ini adalah mereka yang berpengalaman luas dalam penerbitan drama televisyen diketuai Cikgu Abu Hassan Morad selaku Penerbit, Encik Abdul Halim Che Pa selaku Penerbit Eksekutif dan Encik Nurhalim selaku Pengarah. Kerja-kerja rakaman akan berlangsung selama sebulan setengah dengan sebahagian lokasinya di Perlis dan Damsyik, Syria.
Drama Nurul Iman ditulis oleh Sharifah Abu Saleem dan Ummu Hani Abu Hassan.

Pihak produksi amat bersyukur kerana mendapat seorang pengarah yang amat prihatin dengan ibadah dan akhlak di kalangan krew juga nilai estetika dalam penerbitan drama televisyen. Semoga usaha baik yang baru bermula ini diberkati dan dimudahkan oleh Allah SWT.

0 komen:

Post a Comment