NURUL IMAN TERBANG KE SYRIA






Krew penggambaran Nurul Iman selamat tiba ke Syria setelah melalui penerbangan panjang menggunakan pesawar Qatar Airline. Sebaik tiba, pengarah teruja dengan sambutan dan kedinginan petang di kota damsyik, tidak menunggu lama untuk memulakan penggambaran di lapangan terbang Damsyik.

Hari bertukar wajah, mentari Damsyik bercahaya mengubah suasana seminggu sebelum ketibaan krew yang dibayangi hujan sepanjang hari dan suhu jatuh ke paras 10 darjah celsius.

Hari kedua penggambaran bermula di universiti Damsyik dengan doa selamat oleh encik Yusri dan warga kampus syariah terkejut dengan kehadiran krew dan pelakon Malaysia. Yassin dan Farah menjadi tumpuan.

Alhamdulillah senang shooting di sini. Aku jadi seronok pula' kata pengarah apabila semua pihak memberi kerjasama.

Ini kalau dapat kebenaran, kalau tak dapat lain pula ceritanya. balas Basyir, pelajar Syria yang membantu kerja-kerja di Lokasi.

En Mohammad, pegawai penerangan Syria bersama dengan krew sepanjang hari.

Kedatangan krew juga menyibukkan pelajar-pelajar yang turut membantu supaya Nurul Iman mendapat laluan terbaik.

Hari-hari berikutnya penggambaran berjalan di Souk Hamidiah, masjid Umaiyah dan Bukit Qassiun.

Dan semalam pelakon dan krew diraikan Duta Malaysia Dato Ibrahim Abdullah dan kakitangan kedutaan.

Minggu-minggu berikutnya keadaan pasti mencabar apabila pelakon-pelakon syria akan mula turun padang.

maklumat;

Penginapan : Hotel Al Majed
Krew : 11 orang termasuk pelakon Farah Adeba, Yassin an Rahman
Pelakon tempatan :
Sulaiman
Ibrahim
Lina
Abu Tariq

0 komen:

Post a Comment